Dakwah

Posted by Jemari Sunnah | Posted in | Posted on 12:30 PTG

Assalamualaikum,


Inche Bruce Lee pernah berkata:

"Saya tidak takut kepada orang yang berlatih 10,000 jenis tendangan dalam satu masa, tapi saya takut kepada orang yang berlatih satu jenis tendangan 10,000 kali!"

Manakala Inche Thomas Alva Edison, terpaksa berhadapan dengan kegagalan 10,000 kali sebelum berjaya mencipta mentol, suatu ciptaan yang berjaya mengubah dunia! Tetapi dia dengan penuh selamba bergaya mengatakan:

"Saya tidak gagal, tetapi saya berjaya menjumpai 10,000 cara yang tidak mendatangkan hasil!"

Inche Edison adalah orang yang sama yang pernah mengatakan:

"Genius adalah 1% inspirasi dan 99% usaha!"

Malcolm Gladwell di dalam bukunya 'Outliers: The Story of Success' mendedahkan rahsia 10,000 jam, di mana menurutnya individu-individu berjaya seperti Bill Gates dan kumpulan pop The Beatles berlatih sekurang-kurangnya 10,000 jam seumur hidup mereka di dalam bidang masing-masing sebelum mereka benar-benar sukses.

Ar-Rasul SAW mengambil masa 13 tahun berdakwah di Mekah sebelum baginda dan para sahabat berhijrah ke Madinah. Hasilnya? Kurang lebih 500-1000 orang menerima risalah yang dibawa baginda. Bandingkan jumlah itu dengan hampir 125,000 jemaah haji ketika haji Wida' di penghujung riwayat baginda, setelah kurang lebih 10 tahun berdakwah di fasa Madinah.

Dakwah itu seni dan seni memerlukan latihan. Latihan yang bagaimana..? Latihan yang intensif, bersungguh dan konsisten, seperti melakukan satu jenis tendangan 10,000 kali, seperti tidak berputus-asa menghasilkan mentol walaupon gagal pada 10,000 cubaan yang pertama dan seperti berlatih kemahiran diri 10,000 jam lamanya.

Juga seperti dakwah Nabi SAW selama 13 tahun di Mekah yang fokus dan tertumpu dalam mencari logam-logam terpilih yang boleh menjadi tulang belakang yang mantop dan mapan kepada dakwah baginda. Hasilnya? Baca sahaja sirah para sahabat Super Saiya seperti Abu Bakr, 'Umar al-Khattab, Uthman ibn Affan, 'Ali bin Abi Talib, Abu Ubaidah al-Jarrah, Thufail bin Amr ad-Dausi, Mus'ab ibn Umair, Saad bin Abi Waqas, Zubayr al-Awwan, Zaid ibn Harithah dan baaaannnyaaaakkkk lagi. Fuh.

Bukankah Allah tidak melihat kepada hasil..? Allah hanya melihat kepada usaha yang ikhlas dan bersungguh. Dan bukankah Allah itu Maha Adil, Maha Penyayang dan Maha Pengasih..? Pastinya usaha yang benar-benar bersungguh, ikhlas dan istiqamah akan memberi hasil yang berkualiti dan terbaik dari ladang.

"Maka apabila engkau telah selesai (dari sesuatu urusan), tetaplah bekerja keras (dalam urusan yang lain)."
[al-Insyirah, 94:7]

Kata kuncinya? Berusaha, berusaha, berusaha dan jangan berputus-asa.

"Maka barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihat balasannya."
[al-Zalzalah, 99:7-8]


Ingat! Dakwah itu seni dan untuk menghasilkan seni sebaik karya Picasso atau Caravaggio, ia memerlukan latihan intensif yang berterusan dan bersungguh!

Berusaha, berusaha, berusaha dan jangan berputus-asa...!

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan amal soleh dan mengatakan, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang yang berserah diri'..?"
[Fussilat, 41:33]
"Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan 'Tuhan kami adalah Allah' kemudian mereka tetap istiqamah, tidak ada kerisauan pada diri mereka, dan mereka tidak pula bersedih hati."
[al-Ahqaf, 46:13] 

Sumber:Blog lain

Comments (1)

bisnes aku buat x menjadi,,rsa mcm putus asa jer,,rasa makin bersemangat je baca artikel ni,,trima kasih perkongsian ni,,
cayok2!

Ratings and Recommendations by outbrain